Real, Liverpool bakal terima ‘wang besar’

LONDON: Ia dilabelkan sebagai final “balas dendam” selepas bintang Liverpool, Mohamed Salah berkata dia perlu “menjaringkan gol untuk menyelesaikannya” ketika berdepan Real Madrid.

Namun berapakah wang kemenangan akan diraih pemenang final Liga Juara-Juara?.

Pasukan boleh meraih lebih banyak wang jika mereka terus mara dalam kejohanan ini dengan juara akan menerima tambahan £3.8 juta (RM21.09 juta).

Menurut Mirror, kejayaan akan menyaksikan Liverpool menerima £93 juta (RM516.1 juta) secara keseluruhan manakala Real Madrid akan mendapat £102 juta (RM566.04) jika mereka menang.

Walaupun skuad kendalian Carlo Ancelotti tewas, mereka masih mengumpul sekitar £98 juta (RM543.85 juta), lebih £5 juta (RM27.75 juta) berbanding Liverpool jika merangkul trofi berkenaan.

Liga Juara-Juara mengambil kira impak dicipta kelab dalam kejohanan sebelum ini.

Ketika Liverpool mara ke tiga final daripada empat musim sebelum, Real pula menang empat kali dalam tempoh 10 tahun.

Semua 32 kelab yang mara ke peringkat kumpulan akan menerima bayaran asas £13.1 juta (RM72.70 juta) selain bayaran tambahan.

Setiap kemenangan pada peringkat kumpukan akan menerima £2.4 juta (RM13.32 juta) dan seri diberi £784,000 (RM4.35 juta).

AGENSI

Leave a Reply