Serangan panik punca Simona kecundang

Paris: Bekas juara, Simona Halep mengakui dia mengalami serangan panik selepas tersingkir di tangan pemain China, Zheng Qinwen di Terbuka Perancis, hari ini.

Pemain Romania yang juga pilihan ke-19 itu rebah dari kerusi pada hujung set pertama dan memerlukan rawatan doktor.

“Ia adalah serangan panik. Saya tidak tahu bagaimana menanganinya kerana ia jarang berlaku,” katanya yang muncul juara Terbuka Perancis pada 2018 dan Wimbledon pada 2019.

“Saya mendahului perlawanan, tetapi saya tidak mampu fokus.

“Selepas perlawanan, keadaan menjadi sukar. Tetapi kini, saya sudah baik dan pulih sepenuhnya serta akan belajar daripada episod ini. Tiada yang bahaya. Doktor memeriksa semuanya dan ia sempurna.”

Zheng, 19, yang membuat penampilan sulung di Paris menang 2-6, 6-2, 6-1 dan akan berdepan sama ada juara 2017, Jelena Ostapenko atau pemain Perancis, Alize Cornet di pusingan 16 terbaik.

Zhang yang tampil dalam kejohanan utama kedua berkata, dia mahu mencontohi Li Na, yang muncul pemain perseorangan wanita China pertama memenangi gelaran Grand Slam.

“Ini adalah pengalaman penting untuk saya apabila bermain di stadium besar dan menewaskan pemain hebat,” kata Zheng, yang mara ke pusingan kedua di Terbuka Australia, tahun ini.

“Saya masih belajar dan banyak lagi yang perlu dilakukan.”

METRO

Leave a Reply