Tukang gunting dedah Pogba akan kembali ke Juve

LONDON: Paul Pogba akan kembali ke Juventus selepas meninggalkan Manchester United musim panas ini kata penggunting rambutnya.

Kontrak pemain Perancis itu di Old Trafford akan tamat bulan depan dengan perbincangan penyambungan perjanjian tidak berjalan dengan lancar.

Pogba, 29, hampir pasti meninggalkan United namun identiti kelab baharunya masih belum didedahkan.

Pemain tengah itu sentiasa dikaitkan dengan kelab lamanya, Juve – selain Real Madrid dan PSG.



Skuad kendalian Massimiliano Allegri dikatakan menawarkan Pogba perjanjian tiga tahun bernilai sekitar £200,000 seminggu (RM1.1 juta) dan yakin perjanjian akan dicapai.

Ketika pemenang Piala Dunia 2018 itu meninggalkan Juventus untuk ke United enam tahun lalu, dia menjadi tumpuan dengan pengumuman menerusi video antara paling dramatik.

Bagaimanapun kali ini, penggunting rambutnya mungkin menewaskan pasukan media Juve.

Pogba seperti biasa mengunjungi Ahmed Alsanawi untuk menggayakan rambutnya dan memuatnaik gaya baharu di Instagram.



Katanya: “Anda tahu apakah yang berlaku ketika ini.”

Tukang gunting itu membalas: “#pogback”.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker