Wanita Hamil Tampal Nota, Mohon Maaf Kalau Perlahan

Tular di media sosial sebuah rakaman memaparkan seorang penunggang motosikal wanita yang meletakkan nota ‘unik’ di belakang badannya ketika melalui sebuah jalan di Indonesia.

Rakaman yang dikongsikan di aplikasi TikTok milik pengguna bernama Azhar Kamal itu memaparkan seorang wanita sedang menunggang motosikal di jalan raya.

Lebih tertarik, dalam rakaman itu jelas kelihatan satu keping nota dengan tulisan dilekatkan di belakang wanita yang menaiki motosikal tersebut. Nota itu bertulis, ‘mohon maaf jika perlahan, saya sedang hamil’. Nota itu secara tidak langsung menarik perhatian pengguna jalan raya lain yang memuji inisiatif wanita tersebut.

Semangat ya Bu. Semoga apa yang Ibu kerjakan menjadi barokah keluarga, sehat selalu buat Ibu dan semoga bayi yang di kandungan kelak menjadi anak sholen & sholehah.

Perkongsian rakaman yang berdurasi 21 saat itu telah meraih 40 ribu tanda suka dan 538 ribu tontonan ketika artikel ini ditulis.

Video penuh

 

 

@azharkamal2010Semangat ya Bu. Semoga apa yang Ibu kerjakan menjadi barokah keluarga, sehat selalu buat Ibu dan semoga bayi yang di kandungan kelak menjadi anak sholen & sholehah.

♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher

 

Jangan siapa berani hon dia, awas!

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian kepada wanita tersebut walaupun hamil tetapi tetap bekerja keras demi keluarga. Ramai juga turut tersentuh melihat wanita hamil itu memberitahu keadaannya.

azharkamal2010

Leave a Reply