119 Ahli Parlimen telah tandatangan Akuan Bersumpah?

 

Benarkah 119 Ahli Parlimen telah menandatangani Akuan Bersumpah menyokong Muhyiddin Yassin untuk diangkat semula sebagai Perdana Menteri?

Hari ini, politik negara digemparkan dengan pendedahan Shafie Apdal dari WARISAN. Beliau menyatakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa sudah ada sokongan dari 119 Ahli Parlimen.

Sokongan tersebut bersetuju untuk menjatuhkan Ismail Sabri Yaakob dari jawatan sekarang dan mengembalikan Muhyiddin sebagai PM.

Masalahnya, Muhyiddin sehingga hari ini masih belum mendedahkan apa yang Shafie dakwa. Jika Shafie sekadar ‘hearsay’ berkaitan sokongan, bermakna intergriti kandungan berita mengenai Muhyiddin juga tidak benar.



Sekiranya Muhyiddin telah ada jumlah yang dikatakan itu, beliau sepatutnya tidak perlu menunggu lama untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. Namun, difahamkan Baginda masih lagi berada di luar negara.

Jika benar, Ini membantutkan percaturan Muhyiddin yang dikatakan merancang untuk menggantikan tempat Ismail Sabri Yaakob. 

Dipercayai, tindakan Muhyiddin ini ada kaitan dengan tindakan Zuraida Kamaruddin yang bertindak ‘BERANI’ keluar dari PPBM. Untuk rekod, Zuraida merupakan antara ‘orang penting’ yang bertanggungjawab melumpuhkan Pakatan Harapan.

ZUraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Zuraida bersama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bertindak keluar parti dan meninggalkan PKR untuk bersama Muhyiddin serta menyelamatkan jawatan yang disandang pada waktu itu.



Tidaklah menghairankan, kali ini Zuraida bertindak sama seperti ketika meninggalkan PKR. 

Yang paling penting, Muhyiddin perlu ‘menjawap’ serta membuktikan dakwaan beliau disokong oleh 119 Ahli Parlimen bagi menggantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 

Muhyiddin bakal kembali jadi Perdana Menteri?

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker