Dua penyelaras DUN di Jelebu, Jempol jadi Ketua Cabang yang baharu

JELEBU: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Zainal Fikri Abd Kadir menjadi Ketua Cabang Jelebu yang baharu selepas diumum menang pada pemilihan parti itu, hari ini.

Zainal Fikri menewaskan penyandang sebelum itu, Yus Mazmi Ahmad Yusof selepas memperoleh 451 undi manakala Yus Mazmi mendapat 235 undi.

Mohammad Haqqim Nazaruddin pula menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) apabila mendapat 67 undi mengalahkan pesaingnya, Mohd Shafeeq Ashraf Abdul Rahman yang memperoleh 39 undi.

Sementara itu, Shafinez Hussein menjadi Ketua Wanita Cabang apabila memperoleh 144 undi berbanding pencabarnya Azlinah Zamli, 90 undi.



Bagi pemilihan Cabang Jelebu, seramai 773 ahli atau 18.07 peratus daripada 4277 ahli mengundi secara fizikal dan dalam talian.

Sementara itu, bagi Cabang Jempol, Penyelaras DUN Palong, Rebin Birham turut berjaya dalam pemilihan sebagai ketua cabang apabila menang 396 undi mengalahkan pesaingnya, K Mariappan yang hanya memperoleh 107 undi.

Azmi Mohd Darus pula menjadi Timbalan Ketua Cabang apabila mengalahkan S Musliadi Sabtu yang juga Penyelaras DUN Jeram Padang apabila memperoleh 328 undi berbanding S Musliadi yang meraih 147 undi.

Jawatan Ketua AMK pula dimenangi Muhammad Zahin Zinal Abidin manakala Norshahida Ayob pula menjadi Ketua Wanita Cabang.



Seramai 632 daripada 4955 ahli PKR Cabang Jempol atau 12.75 peratus menunaikan tanggungjawab dalam pemilihan kali ini.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker