Juruterbang Kantoi ‘Check-In’ Dengan Pramugari

Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan mereka bahagia dan berkekalan hingga ke hari tua. Namun, tidak semua pasangan yang bernasib baik mengecapi kebahagiaan tersebut.

Suami curang dengan rakan sekerja

Beberapa hari lalu, tular di media sosial di mana si suami yang merupakan seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan ‘kantoi’ check-in dengan rakan sekerjanya.

Alangkah remuknya hati seorang isteri dan hanya beristighfar apabila menemui suami tersayang berdua-duaan dengan wanita lain. Difahamkan, si isteri ditemani oleh ahli keluarganya ketika pergi ke sebuah hotal di Surabaya pada pukul 1.00 pagi untuk merakam perbuatan terkutuk suaminya.

Lagi menyakitkan hati apabila wanita berkenaan adalah seorang pramugari yang bekerja di syarikat yang sama berdasarkan name tag mereka.

Dalam pada itu, Polis Kota Besar Surabaya, Kombes Pol Ahmad Yusep Gunawan telah mengesahkan kejadian terbabit.

Ketika mereka diserbu, kedua-duanya berada di dalam bilik yang sama. Selepas itu mreka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Surabaya dan telah dilaporkan ke Pusat Khidmat Polis Bersepadu (SPKT).

Kantoi ‘check-in’

 

 

@sulselonline.com Selingkuh dengan Pramugari di Hotel, Pilot Digerebek Istri#pilot #pramugari #selingkuh #beranda #surabaya #fyp #tiktoker ♬ suara asli – sulselonline.com (SOchannel)

sulselonline.com

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker