Kanak-kanak memaut pada pintu kenderaan, Pemandu diburu Polis

Gombak: Polis sedang mengesan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang memandu secara cuai kerana membiarkan kanak-kanak memaut pada pintu kenderaan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular berdurasi 12 saat yang dimuat naik memaparkan mengenai kejadian berkenaan.

“Video itu memaparkan pemandu memaut seorang kanak-kanak menggunakan tangan kanan di sebelah pintu pemandu ketika kenderaan sedang bergerak.



“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Taman Industri Bolton, Batu Caves,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, polis juga sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang memuat naik video tular itu dan pemilik kenderaan yang terbabit bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil atau menghubungi pegawai penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading