Kes Baby Syifaa: Pendakwaan panggil 10 saksi

SEREMBAN: Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian bayi perempuan berusia 15 bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri ketika di bawah jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan di sini, Februari lalu ditetapkan semula pada 29 Jun depan.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Mahkamah Sesyen, Rushan Lutfi Mohamed selepas hakim Mahkamah Koroner yang sepatutnya mengendalikan inkues hari ini bercuti atas masalah kesihatan.

Pada prosiding kes, Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Badius Zaman Ahmad selaku pegawai pengendali inkues mencadangkan untuk memanggil kira-kira 10 saksi dan memerlukan lebih kurang untuk mereka memberi keterangan.

Terdahulu, bapa kepada Nour Rania Asyifa atau lebih dikenali Baby Syifaa, Yuseri Yusoff, 39, hadir di mahkamah untuk mendengar proses inkues berkenaan bersama barisan peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa, Muhammad Amin Anuar, Musfira Mohd Fahmi dan Gaithri Thomas.



Muhammad Amin ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihaknya menerima senarai 10 orang saksi yang akan dipanggil dan akan meneliti semula supaya tidak berlaku percanggahan saksi.

“Kami juga ada saksi sendiri termasuk saksi awam dan polis….kami mahu membantu dan ingin mendapat pengadilan untuk Baby Syifaa,” katanya.

Sementara itu, Yuseri berkata, selepas agak lama menunggu akhirnya prosiding inkues kes kematian Baby Syifaa berjalan hari ini dan dia menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan punca sebenar kematian anaknya itu.

Media pada 23 Februari lalu melaporkan Baby Syifaa ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di pusat asuhan itu kira-kira jam 3 petang.



Kejadian berlaku selepas mangsa dikatakan ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik oleh pengasuhnya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker