Klopp terharu sokongan peminat

LIVERPOOL: Ribuan penyokong Liverpool membanjiri bandar itu bagi menyambut kepulangan naib juara Eropah dan juara berganda domestik berkenaan.

Memenangi Piala Liga dan Piala FA dalam satu musim – dengan menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti di dua final di Wembley – sudah mencukupi bagi kebanyakan kelab untuk meraikannya sebagai satu kejayaan.

Namun dua trofi yang paling diidamkan anak buah Jurgen Klopp, yang membolehkan mereka menggondol empat kejuaraan musim ini, begitu hampir berada dalam genggaman Liverpool.

Manchester City mengatasi mereka dengan hanya satu mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris manakala Real Madrid menewaskan mereka 1-0 pada final Liga Juara-Juara Eropah di Paris.



Liverpool gagal menjaringkan gol dalam tempoh 90 minit di ketiga-tiga aksi final yang mereka harungi musim ini.

“Ini adalah kelab terbaik di dunia. Kami tewas di final Liga Juara-Juara semalam dan ini sambutan yang kami terima. Saya tidak kisah apa yang orang rasa. Kelab yang hebat,” kata Klopp sebaik melihat sambutan peminat terhadap mereka.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker