LKIM dakwa bekalan ikan negara tak cukup

Bukit Gantang: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyanggah kenyataan Jabatan Perikanan yang mendakwa bekalan ikan di negara ini mencukupi, sebagaimana disiarkan media hari ini dan semalam.

Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan, kenyataan itu bercanggah dengan dapatan pihaknya.

“Kenyataan Jabatan Perikanan itu contradict (bercanggah), kita tahu berlakunya pendaratan (ikan) yang berkurangan di seluruh negara yang menyebabkan bekalan ikan berkurangan dan harga ikan meningkat.

“Walaupun kita kata ikan cukup tapi hakikatnya tidak,” katanya pada Majlis Jamuan Aidilfitri di Dewan Sungai Kerang di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan data LKIM, sepatutnya jumlah pendaratan ikan sehari di negara ini adalah 4,000 tan metrik, namun pada masa ini hanya 3,250 tan metrik sehari dan kekurangan ini sebanyak 15 peratus selama tujuh hari.

“Ikan import yang masuk ke Pasar Borong Selayang juga agak berkurangan daripada 10 hingga ke 15 lori menjadi tiga lori sahaja.

“Manakala ikan tempatan yang sepatutnya dihantar ke Pasar Borong Selayang menggunakan 30 hingga 45 lori sehari, kini hanya tinggal 10 lori,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Mohd Sufian Sulaiman dipetik berkata, bekalan ikan bagi keperluan dalam negara mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker