Pemilik akaun sudah dikenal pasti

Petaling Jaya: Polis masih dalam usaha mengesan wanita dipercayai warga asing yang memuat naik video fitnah membabitkan anggota polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya sudah mengenal pasti akaun media sosial yang memuat naik video berkenaan.

“Tindakan mengesan pemilik akaun kini sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, seorang anggota polis membuat laporan selepas video berkenaan dimuat naik di media sosial sebelum tular.

Video memaparkan seorang anggota tulis membuat pemeriksaan dan individu terbabit menulis, “dia pikir (fikir) kita NGX (tidak) ada dokumen ke buang masa je… kalau grap (Grab) je dia terus stop (henti) kan… kereta yang lain lewat (lalu) je… hati-hati teman kalau lalu sekitar Damansara.”

Laporan polis dibuat bertujuan bagi mengelak sebarang persepsi negatif dan fitnah orang ramai terhadap polis yang menjalankan tugas.

Dakwaan tulisan berbaur negatif itu boleh menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker