Tidak rasmi, Rafizi menang Timbalan Presiden PKR

Kuala Lumpur: Keputusan tidak rasmi menyaksikan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu kali ini.

Kemenangan Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan itu diperoleh hasil perolehan undi tertinggi yang diperolehnya iaitu sebanyak 66,359 di kebanyakan cabang di negeri-negeri.

Setakat 9.30 malam ini, berdasarkan keputusan yang dikongsi dilaman web rasmi Pemilihan PKR, www.pemilihankeadilan2022.com, Rafizi sudah menguasai Selangor, Johor, Kelantan, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan serta Pulau Pinang.

Beliau hanya gagal menyaingi pesaingnya yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di Perlis dan Sabah yang memperoleh undi terkumpul sebanyak 47,986.

Hanya Sarawak belum mengumumkan keputusannya setakat ini, namun jumlah undian di Sarawak iaitu sekitar 1,990 undi dijangka tidak mampu mempengaruhi undian yang diperoleh Rafizi.

Malah, Saifuddin Nasution menerusi hantaran di Facebook rasminya sudah mengucapkan ucapan tahniah kepada Rafizi di atas kemenangannya itu.

Bagi jawatan Naib Presiden PKR pula, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilihat memiliki peluang cerah mengisi kedudukan empat teratas bagi jawatan nombor tiga parti itu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker