CHULIO menerima Surat Penghargaan Polis

 Batu Gajah : Seekor anjing Unit K9 JSJ IPK Perak bernama ‘CHULIO’ bersama penjaganya Koperal Tony Matius Farang menerima Surat Penghargaan dari YDH ACP Mohamad Roy Suhaimi bin Sarif, Ketua Polis Daerah Batu Gajah di atas kejayaan mengesan Orang Hilang di dalam Daerah Batu Gajah. ‘CHULIO’ turut dihadiahkan makanan berkhasiat sebagai ganjaran di atas usahanya membantu pihak polis.
Majlis berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah.
Untuk info, ‘CHULIO’ telah menyertai lebih 50 operasi dan ia pingat pertama yang diterima sejak mula berkhidmat dalam pasukan polis. Terima Kasih ‘CHULIO’.
 Polis Daerah Batu Gajah

Leave a Reply