Nasi Lemak Kak Chah pelawa pelajar tiada duit makan

TULAR di media sosial kebaikan hati seorang peniaga makanan di Skudai, Johor apabila menampal kertas mempelawa pelajar yang tiada duit untuk makan di premisnya.

Dalam hantaran tular berkenaan, rata-rata warganet memuji sikap berkenaan yang nyatanya mempunyai empati terhadap masalah pelajar yang sentiasa kekurangan wang.

“Adik-adik pelajar… Kalau tak ada langsung duit nangan tahan lapar. Datang sini bagitau, saya belanja.

“Saya pun pernah jadi pelajar. Jangan malu,” kongsi pesanan yang ditulis peniaga di atas kertas bersaiz A4 itu.

Difahamkan, lokasi peniaga Nasi Lemak Kak Chah berkenaan ialah di Kafe N24 Streetcafe Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker