Pengawal keselamatan, pelawat bergaduh di Hoshas

Temerloh: Polis memburu sekumpulan lelaki yang bergaduh di pekarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini, selepas rakaman insiden kejadian itu tukar di TikTok, hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, polis menerima laporan pada 1.30 tengah hari ini berkenaan rakaman video yang tular itu.

Beliau berkata, rakaman video berdurasi 10 saat itu memaparkan beberapa lelaki yang bergaduh di hadapan kawasan perkarangan Hoshas.



“Difahamkan, pengawal keselamatan hospital berkenaan bertengkar dengan pelawat hospital.

“Kejadian itu dikatakan berpunca susulan tindakan pelawat hospital yang tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan terbabit melengahkan waktu pertukaran penjaga (pelawat) di salah sebuah wad di hospital itu,” katanya kepada Harian Metro, malam ini.

Katanya, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil menyalurkan maklumat.

METRO



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button