Wanita Tak Sangka Suami Buang Beras Dalam Jamban

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Nana Orlin mendedahkan sikap buruk suaminya di mana lelaki terbabit sering menggunakan kekerasan apabila mereka bertengkar.

Suami buang beras dalam lubang tandas

Menurutnya, baru-baru ini si suami bertindak membuang beras ke dalam lubang tandas hanya kerana dia tidak mahu isteri serta anak-anaknya menjamu selera.

Kalau marah mesti naik tangan dan buang barang makanan sampai saya dan anak-anak tak boleh nak makan.

Lebih teruk lagi apabila suaminya bertindak merosakkan baby walker anaknya sehingga tidak boleh digunakan. Meskipun remuk hati melihat suaminya merosakkan barangan di rumah serta barang anaknya, wanita ini sempat berjanji dengan anaknya untuk membelikan barang permainan yang baru apabila dia sudah mendapat kerja nanti.

 

 

@nanaorlin10kesabaran ada batasannya aku dipukul diapakan selama ini selalu sabar tapi tidak utk kali ini barang2 anakku hbs dihancurkan♬ suara asli – nana_orlin

 

Kesabaran ada batasnya. Saya dipukul selama ini, selalu sabar tapi kali ni habis barang anak dihancurkan.

Nasibku

 

 

@nanaorlin10nasibku

♬ suara asli – CANDRA DEWI MAHARANI

 

nana_orlin

Leave a Reply