24 pemain skuad Bungaraya kejohanan ragbi Asia

KUALA LUMPUR: Seramai 24 pemain skuad Bungaraya 15 sebelah (15’s) bakal menggalas cabaran negara pada Kejohanan Ragbi Asia Lelaki 2022 yang dijadual berlangsung di Incheon, Korea Selatan dari 4 Jun hingga 9 Julai ini.

Penyertaan pasukan Malaysia itu adalah yang pertama sejak hampir dua tahun tidak menyertai perlawanan kompetitif disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Semua senarai akhir pemain ini bakal menyertai kejohanan yang juga pusingan kelayakan bagi Piala Dunia Ragbi 2023 dengan perlawanan pertama bertemu Korea Selatan pada 4 Jun di Stadium Namdung, Incheon.

“Bagi edisi kali ini, badan induk Ragbi Asia menggunakan format baharu di mana perlawanan pembukaan kejohanan ini akan menemukan pasukan ragbi kebangsaan menentang Korea Selatan pada 4 Jun dan pemenang perlawanan akan menjadi tuan rumah bagi pertemuan menentang Hong Kong pada 8 atau 9 Julai.

“Seterusnya pasukan yang memenangi perlawanan pada 8 atau 9 Julai akan layak ke perlawanan repecharge bertemu Tonga pada 23 Julai 2022 di Australia untuk penentuan tempat ke Piala Dunia Ragbi 2023,” kata Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), dalam satu kenyataan.

“KRM berharap skuad Bungaraya pada kali ini akan memberi saingan yang sengit selepas hampir dua tahun tiada perlawanan kompetitif membabitkan pasukan ragbi kebangsaan susulan penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia.”

Pasukan yang dikendali Rodney So’oialo dan dibantu Mohd Farid Syazwan Abu Bakar, Samuel Rupert Firth Jackson dan Redwan Mohamed Kastari ini dijadual berlepas ke Incheon esok.

Berikut senarai 24 pemain: Amirul Mukminin Amizan, Muhammad Faris Abdullah, Mohammad Shah Izwan Nordin, Noor Alif Ikhmal Noor Hisham, Samuel Rentap Meran, Badrul Muktee, Muhammad Siddiq Amir Jalil, Hamizan Rosli, Muhammad Hakim Ramli, Syarif Nurhidayat Muzhaimey, Ahmad Zulhilmi Azizad, Muhammad Zharif Affandi Mohamed Zahib, Hariz Ezzat Hamidon, Amirul Aiman Ihsan Abas, Mohammad Daim Zainuddin, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, Mohamad Faris Pead, Amirul Sani, Wan Azley Wan Omar, Joshua David Johns, Vatimio Rabebe, Timoci Vunimoku, K Divesvaran dan Etonia Vaqa Saukuru.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker