Agong berkenan terima penghormatan diraja sempena Hari Ulang Tahun TUDM

Subang: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima penghormatan Diraja disertai terbang lintas hormat lima helikopter ketika Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-64 di Pangkalan Udara Subang, di sini, hari ini.

Lima helikopter itu membabitkan tiga helikopter EC 725 AP yang membawa bendera Malaysia, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bendera TUDM, manakala dua lagi adalah helikopter AW 139.

Baginda turut berkenan melakukan pemeriksaan perbarisan dengan menaiki kenderaan istiadat.

Tema sambutan hari ulang tahun pada kali ini adalah ‘Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara’ yang dipilih bagi menterjemahkan peranan utama TUDM sebagai kuasa udara.



Ia selaras dengan peranan TUDM yang amat penting dan tunjang utama pertahanan di dalam melindungi kedaulatan dan keutuhan wilayah negara.

Konsep perbarisan pada kali ini juga berbeza berbanding tahun sebelumnya yang dilaksanakan secara Perbarisan Berjalan Lalu Dalam Masa Perlahan dan Cepat.

Komposisi perbarisan terdiri daripada 23 pegawai dan 420 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Hassan Basri Tajul Arifin TUDM.

Perbarisan turut disertai dengan terbang lintas hormat pesawat TUDM terdiri daripada pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, BAE Hawk dan F/A-18D Hornet; pesawat angkut A400M dan pesawat latihan PC-7 MKII.



Buat pertama kali bersama helikopter EC 725 AP, helikopter AW 139 turut membuat terbang lintas hormat.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Affendi Buang TUDM dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker