Kucing pun mahu bercuti naik kapal persiaran mewah

Kucing pun mahu bercuti naik kapal persiaran mewah

Kucing pun mahu bercuti naik kapal persiaran mewah
KUCING boleh mengembara menaiki kapal persiaran mewah. FOTO Agensi

Singapura: Impian pencinta kucing untuk mengembara bersama haiwan kesayangan boleh direalisasikan dengan menempah perjalanan menaiki kapal persiaran mewah berpangkalan di sini.

Mirror UK melaporkan, dikendalikan oleh Tall Ship Adventures Pte Ltd di Sentosa, Singapura, idea trip pelayaran selama dua jam setengah di atas kapal Royal Albatross tercetus hasil permintaan daripada pencinta kucing yang mahu haiwan mereka merasai pengalaman menaiki kapal.

“Kami mahu membantu menyepadukan kucing ke dalam gaya hidup manusia supaya pencinta kucing boleh berkongsi lebih banyak pengalaman dengan kucing mereka,” kata sebuah laman web untuk syarikat itu.



Gambar menunjukkan pencinta kucing bergambar dengan haiwan kesayangan mereka yang memakai kostum comel sambil menikmati akses ke Cat Lounge – kabin pereka peribadi yang menawarkan pemandangan luar biasa.

Pakej pelayaran kucing bermula pada harga AS$ 225 (kira-kira RM1,047) untuk dewasa dan AS$ 125 (kira-kira RM582) untuk kanak-kanak.

Sementara tiada caj dikenakan bagi kucing tetapi dikehendaki berada dalam sangkar pembawa untuk naik dan turun, dengan syarikat memberikan notis awal kepada mereka.

Terdapat polisi satu kucing bagi setiap orang jadi tidak boleh menaiki kapal dengan pembawa tambahan.



Sebagai tambahan, tetamu boleh menikmati hidangan empat hidangan yang disediakan dengan pilihan vegetarian.

Antaranya hidangan itu termasuk udang tumis bawang putih, salmon miso, ayam berinspirasikan Vietnam dan beras pulut, sosej dan aiskrim.

Salad, tauhu dan falafel disertakan dalam pilihan vegetarian manakala aiskrim sebagai hidangan pencuci mulut.

Bagaimanapun, minuman tidak termasuk dalam pakej berkenaan.



Kucing pula diberi pek percubaan makanan daripada PetCubes, yang mengandungi makan malam kucing untuk mereka nikmati dari keselesaan rumah mereka sendiri.

Semua kucing dialukan dalam pelayaran itu dengan syarat divaksin, disterilkan dan biasa berada di luar rumah.

Syarat lain adalah haiwan itu hendaklah berumur lebih empat bulan, mengikut garis panduan yang disediakan oleh syarikat di laman web rasmi.

Kucing pun mahu bercuti naik kapal persiaran mewah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading