Jersi baharu United ringkas, dianggap luar biasa

LONDON: Jersi tempat lawan Manchester United untuk musim 2022/23 dilaporkan bocor di media sosial dengan peminat memuji melihat kombinasi baju putih dan seluar hitam.

Red Devils pada musim lalu menggunakan jersi dengan gabungan corak geometri biru di baju dan seluar biru.

Namun, untuk kempen yang akan datang, United kembali dengan reka bentuk jersi yang lebih ringkas.

Menurut Footy Headlines, jersi tempat lawan mereka akan berwarna putih dan seluar pendek hitam serta stokin putih.

Jersi putih itu menyaksikan kemunculan semula jersi tempat lawan yang digunakan mereka pada 2015/16 dan jersi ketiga dari musim 2009/10 hingga 2011/12.

Memberikan reaksi terhadap imej jersi yang bocor itu, seorang peminat United berkata: “Akhirnya kami mempunyai jersi tempat lawan yang luar biasa.

Seorang lagi menambah: “Lihat jersi itu. Ia jersi yang sepatutnya berada Liga Juara-Juara.”

United mengintai peluang untuk kembali ke Liga Juara-Juara musim depan apabila terlepas kelompok empat teratas di bawah Ralf Rangnick.

AGENSI

Leave a Reply