Liverpool tuntut permohonan maaf, 35,000 tiket palsu

PARIS: Pengerusi Liverpool, Tom Werner mahu pihak berkaitan memohon maaf kerana layanan mereka terhadap penyokong kelab itu selepas kerajaan Perancis menyalahkan penipuan tiket “besar-besaran” yang mencetuskan kekecohan pada final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Paris.

Permohonan itu hadir ketika UEFA dan Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), pada mesyuarat krisis Isnin lalu di Kementerian Sukan Perancis, menganggarkan 2,800 tiket palsu dikesan pada final, menurut sumber.

FFF semalam mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa 35,000 penyokong tanpa tiket atau tiket palsu mahu memasuki Stade de France bagi aksi final Ahad lalu.

Selepas menghantar 1,650 pengawal keselamatan dan staf bahagian tiket, 25 peratus melebihi tiket perlawanan buat aksi pasukan Perancis, FFF berkata 110,000 orang ke stadium berkenaan “berdasarkan maklumat daripada umum dan operator persendirian”.

FFF merumuskan bahawa di sekitar stadium, ada 35,000 penyokong bersama tiket palsu atau tanpa tiket dan mereka “menyebabkan masalah umum dengan menghalang pintu ke stadium dan menghalang pemegang tiket sebenar memasuki stadium sebelum sepak mula yang dijadualkan pada jam 9.00 malam”.

Kerajaan Perancis berdepan kritikan teruk berkaitan kawalan terhadap perlawanan itu yang menyaksikan ribuan penyokong Liverpool bersama tiket bergelut untuk memasuki Stade de France.

Werner, yang menjadi sebahagian daripada syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Fenway Sports Group yang memiliki Liverpool, berkata dalam surat dihantar kepada Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera Isnin lalu bahawa dia “tidak percaya” dengan komen mengenai kekecohan itu.

Oudea-Castera menyalahkan Liverpool kerana menyebabkan masalah itu dengan memberitahu stesen radio Perancis bahawa kelab itu gagal menguruskan penyokong mereka yang datang ke Paris.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker