Menang tipis, sipi-sipi PRU bukan pilihan sama sekali

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak boleh leka dibuai nostalgia dengan impian akan memerintah semula negara hanya kerana menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan ketika ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN) di Sabah, Melaka serta Johor, bukan jaminan BN pasti akan menang untuk menguasai kerajaan dengan mudah.

“Tiada lagi ruang untuk kita berpeluk tubuh, tiada lagi ruang untuk berasa selasa, apatah lagi ruang bermimpi untuk menang dengan mudah. Untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, pada saya, menang tipis atau sipi-sipi, bukan pilihan sama sekali.

“Jika kita beranggapan demikian, maka saya tegaskan hari ini bahawa anggapan seperti itu bukan sahaja salah, malah berbahaya dan berisiko kepada BN,” katanya berucap merasmikan Konvensyen BN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun BN ke-48, di sini hari ini.



Timbalan Presiden UMNO itu juga menegaskan, BN perlu mengubah strategi menjadi lebih agresif untuk menyerang, bukan lagi menunggu diserang musuh sehingga dilihat sebagai parti yang lemah.

Katanya, pendekatan tunggu dan lihat harus dihentikan segera kerana ia menyebabkan timbul pelbagai persepsi terhadap parti.

“Yang menjadi masalah sekarang adalah apabila kita membiarkan sahaja segala tohmahan dan persepsi rekaan pembangkang sampai kepada masyarakat. Saya perhatikan dalam banyak keadaan, kita gagal memberikan jawapan dan bidasan.

“Kalau pun ada, ia lebih bersifat retorik politik dan tidak berobjektif,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker