Peminat sudah melampau – Maguire

LONDON: Harry Maguire menyifatkan peminat bola sepak yang marah sudah melampaui batas dengan menghantar ancaman bom terhadapnya.

Bintang Manchester United itu dan keluarganya terpaksa keluar dari rumah selepas menerima ancaman menerusi emel pada April lalu.

Polis Cheshire menggeledah premis berkenaan tetapi tidak menemui apa-apa.

Maguire berkata: “Jelas saya akan dikritik. Manchester United membayar sejumlah besar wang buat saya, ia adalah satu daripada kelab paling disayangi di dunia dan satu daripada kelab paling dibenci.

“Kami tahu bahawa kami paling diperhatikan. Saya sentiasa menerima kritikan apabila kami melepaskan gol atau membuat kesilapan. Saya sudah cukup dewasa untuk menerima kenyataan apabila orang berkata bahawa saya masih boleh meningkat.

“Tapi ada garisan yang membezakan kita sebagai manusia. Saya ada keluarga.

“Ia tidak banyak memberi kesan kepada saya tetapi apabila berkaitan ancaman bom, ia lebih kepada keluarga — tunang saya, Fern.

“Saya gembira kerana anak saya pada usia mereka tidak boleh membaca dan melihat sesuatu dalam berita.”

Maguire kini bersama skuad kebangsaan England untuk jadual perlawanan Liga Negara-Negara UEFA berdepan Hungary Sabtu ini.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker