Perdana Menteri tiada “kuasa” bubar Parlimen?

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Kewujudan sebuah kerajaan campuran parti politik di Malaysia telah bermula sejak Mei 2018. Sejak itu, Perdana Menteri tiada “kuasa” untuk membubarkan Parlimen mengikut perkiraan serta pertimbangan politik.

Ini berikutan semua keputusan untuk melaksanakan sesuatu memerlukan persetujuan semua ketua parti dalam kerajaan. Jika salah seorang dari ketua parti tidak bersetuju, maka tiada keputusan muktamad dapat dibuat oleh Perdana Menteri.

Ini agak menyukarkan perlaksanaan dasar kerajaan serta mampu mengganggu-gugat kredibiliti Perdana Menteri. Lebih memburukkan keadaan, parti yang diwakili PM turut akan bermasalah setiap kali keputusan yang dibuat bertentangan dengan keputusan parti.

Dalam hal sebegini, yang akan menanggung akibat kecelaruan kerajaan campuran adalah rakyat. Sebuah kerajaan yang tidak stabil tidak akan memberi manfaat untuk rakyat. Akibatnya rakyat yang akan dimangsakan akibat percaturan salah kerajaan campuran.

 

REALITI RAKYAT TERHADAP KERAJAAN YANG TIDAK STABIL

Memandang realiti kehidupan rakyat hari ini, mereka sebenarnya tidak kisah siapa juga yang menjadi kerajaan. Apa yang utama untuk rakyat, kemampuan setiap ketua keluarga menyediakan makanan untuk isi rumah serta kediaman untuk berteduh dari hujan panas.

Itu belum mencakupi kemampuan menyediakan perbelanjaan untuk pembelajaran anak-anak. Bagaimana mahu diadakan semua itu bila inflasi melanda negara akibat kewujudan kerajaan yang tidak stabil? 

Rakyat merasakan segalanya nampak pincang hanya kerana seorang Perdana Menteri seolah dikawal selia pihak lain setiap kali mahu membuat sebarang keputusan penting. Wajib berunding dengan yang lain-lain semata kononnya menghormati kerjasama politik dalam kerajaan.

Imej Perdana Menteri kini sinis di mata rakyat sehingga mereka sendiri tidak yakin dengan kemampuan PM mentadbir negara dengan baik walau pelbagai dasar baru diperkenalkan. 

Adalah lebih baik untuk difikirkan bagaimana untuk mengisi perut yang minta diisi daripada memenuhi nafsu politikus yang mahu kekal berkuasa.

 

Penafian – artikel ini merupakan pandangan penulis dan tidak membabitkan pihak MyTvOnline, sebarang komen adalah tanggungjawab sendiri.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker