Perisic, Conte sah bergabung semula

LONDON: Tottenham Hotspur mengumumkan sudah menandatangani pemain antarabangsa Croatia, Ivan Perisic secara percuma.

Pemain berusia 33 tahun itu akan menyertai kelab London utara itu selepas kontraknya bersama Inter Milan tamat hujung bulan ini, dengan kontrak dua tahun.

“Kami berbesar hati mengumumkan perpindahan Ivan Perisic,” menurut Spurs dalam satu kenyataan.

“Pemain berpengalaman Croatia itu akan menyertai pasukan pada 1 Julai selepas kontraknya bersama Internazionale tamat dan bersetuju dengan perjanjian dua tahun sehingga 2024.”

Perisic pernah beraksi bersama pengurus Tottenham Antonio Conte di Italy, dengan kedua-duanya memenangi kejuaraan Serie A pada musim 2020/21 dengan Inter.

Tetapi dia menolak tawaran kontrak baharu di San Siro untuk berpindah ke England.

Perisic juga pernah memenangi kejuaraan liga di Jerman — dengan Borussia Dortmund dan Bayern Munich — selain menjaringkan gol di final Piala Dunia bersama Croatia.

Perisic dianggap pemain versatil kerana boleh beraksi sebagai pemain pertahanan dan sayap kiri, penyerang kedua dan pemain tengah menyerang.

Ketibaannya menandakan perubahan daripada dasar perpindahan biasa Tottenham untuk menandatangani pemain muda dengan nilai jualan dan tanda keyakinan mereka yang semakin meningkat terhadap Conte.

Perisic mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Inter dengan mesej Instagram yang mengakui masanya memakai “jersi mulia” sudah berakhir.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker