Raisuddin Tergamam ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah Sambut Hari Jadi

Impian pelakon veteran, Raisuddin Hamzah ingin bertemu dengan wanita yang dikatakan mirip anaknya, Allahyarham Siti Sarah tercapai apabila mereka dipertemukan dalam satu majlis sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah yang merangkap isteri Raisuddin Hamzah iaitu Siti Fatimah Suberi ada berkongsi momen pertemuan si suami dan cucu-cucunya dengan wanita tersebut yang dikenali dengan nama Emy. Menerusi ruangan kapsyen di TikTok Suciuwais, Fatimah mengucapkan terima kasih kepada Emy kerana sudi meluangkan masa bersama mereka.

Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk.

Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua. Terima kasih pada family dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah, terima kasih jugak untuk Emy & keluarga yang sudi terima pelawaan kami.

Menerusi video pendek yang dimuat naik di TikTok, memperlihatkan wajah Raisuddin terkejut apabila menatap wajah Emy buat pertama kali kerana hampir mirip dengan arwah anaknya. Bukan itu sahaja, turut menjadi perhatian ramai apabila mereka melihat tindakan spontan anak lelaki Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais yang berkali-kali menoleh ke arah Emy.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat momen tersebut. Rata-rata daripada mereka turut bersetuju bahawa wajah Emy seiras dengan arwah isteri kepada pelawak terkenal Shuib.

Video

 

 

 

@suciuwais Masa mula2 org kata muka dia sama dgn arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dgn Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk.Sempena hari lahir kita bawa Emy utk meraikan sekali hari lahir bersama2 dgn kami semua. Terima kasih pada family dan rakan2 yg hadir utk meraikan hari lahir abah, terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yg sudi terima pelawaan kami 🥰❤️ #fyp #birthday #love ♬ Tanpa kekasihku – Agnes Monica

 

TikTok Suciuwais

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker