Dua kanak-kanak lemas di Kapit

KAPIT: Dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras ketika mandi di tebing Sungai Semawang, di sini, Selasa lalu, ditemukan lemas, hari ini.

Mayat mangsa pertama, Damien Dashlley Sedan Donny, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui hanyut berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Embuau.

Mayat manga kedua, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Chelsea Charity Darrie Ricky, pula ditemui di kawasan Song.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kedua-dua mangsa ditemui oleh orang awam kira-kira jam 7.15 pagi.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.42 petang, Selasa lalu.

Kejadian itu berlaku sehari menjelang perayaan Hari Gawai ketika dua kanak-kanak yang tinggal di Rumah Panjang Ekaw itu mandi di tepi sungai bersama beberapa ahli keluarga mereka.

Mereka dikatakan tiba-tiba hanyut dan hilang dibawa arus deras kira-kira jam 5 petang.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button