Hanya Pru15 boleh kembalikan keyakinan rakyat

Pru15 dilihat sebagai jalan terbaik untuk kembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Selepas rakyat tertipu dengan manifesto oleh Pakatan Harapan, diikuti pula dengan kerakusan Perikatan Nasional, rakyat seakan hilang kepercayaan terhadap demokrasi.

2 Pilihanraya Negeri, Melaka dan Johor menyaksikan penurunan peratusan keluar mengundi ekoran kegusaran rakyat dengan covid19.

Faktor utama penurunan peratusan pengundi kerana mereka berasakan tertipu dengan fitnah serta pemesongan fakta oleh PH dan PN.

Hanya selepas Dato Sri Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9, rakyat sudah sedar selama ini Barisan Nasional merupakan parti yang telah berjaya menjaga kepercayaan serta keyakinan mereka terhadap sebuah kerajaan.



KERAJAAN HARI INI BUKAN KERAJAAN BN

Walau penglibatan UMNO hanya 34% dalam Kerajaan Keluarga Malaysia, faktor pengalaman menguruskan negara selama 6 dekad menjadi sandaran utama mengapa rakyat kembali yakin dengan urustadbir kerajaan.

Namun demikian, tidak semuanya indah dalam sebuah kerajaan campuran. Ini hakikat yang perlu diakui semua termasuk Ismail Sabri.

Dasar kerajaan perlu dirunding bersama parti lain dan perlu mendapat ‘restu’ semua pihak sebelum boleh diimplementasikan kepada rakyat. Misalnya isu i-Citra yang mendapat tentangan awal dari sebahagian besar kalangan pemimpin Keluarga Malaysia.

Rakyat marah apabila Menteri Kewangan, Tengku Zafrul enggan meluluskan skim i-Citra KWSP milik pencarum. Selepas didesak oleh UMNO, barulah PM dapat memberi keputusan kelulusan skim i-Citra, dan ini sedikit sebanyak meredakan kemarahan rakyat.



Hari ini, apabila harga barang keperluan semakin melonjak, Ismail tampil untuk membantu mengurangkan tekanan terhadap rakyat. 

SABOTAJ UNTUK BURUKKAN IMEJ UMNO DI MATA RAKYAT?

Agak menyedihkan apabila Menteri yang memegang portfolio berkaitan pengguna seolah tidak langsung membantu Perdana Menteri dalam hal membabitkan keperluan rakyat.

Melihat pelbagai rintangan yang dihadapi, persepsi rakyat terhadap kerajaan ini hanya satu, sabotaj oleh satu pihak terhadap UMNO sedang berlaku dalam Kerajaan Keluarga Malaysia.

 

 

Apabila berlakunya sesuatu yang hanya memberi imej negatif terhadap UMNO dan BN, selaku Naib Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Ismail wajar mempertimbangkan untuk memulihkan kembali imej UMNO dan BN di mata rakyat.

Solusi yang diyakini mampu mengembalikan keyakinan rakyat ialah dengan Pilihanraya Umum Ke-15. Pulangkan mandat kepada rakyat untuk mereka memilih siapa yang benar-benar mampu menjaga serta memelihara ekonomi rakyat dan negara.

Bukan sekadar ekonomi sahaja, malah imej negara di mata dunia juga perlu diberikan perhatian. Pelabur luar juga perlu diyakinkan dengan PRU15 serta pembentukan sebuah kerajaan yang stabil akan memberi kelegaan buat pelabur kembali rancak meluaskan perniagaan mereka di Malaysia.

Perdana Menteri tiada “kuasa” bubar Parlimen?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker