‘Jasa Syed Ahmad akan dikenang Keluarga Malaysia’

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara, Syed Ahmad Syed Abu Bakar, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis pada kira-kira 1 tengah hari tadi.

Menyifatkan Allahyarham sebagai ‘permata’ dalam dunia bola sepak negara, Ismail Sabri berkata, jasa Syed Ahmad akan dikenang oleh seluruh Keluarga Malaysia.

“Allahyarham pernah mengharumkan nama Malaysia apabila menjaringkan gol dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 1971 bagi membolehkan Malaysia layak ke temasya Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.

“Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di akaun Facebook rasminya.



Syed Ahmad meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat serangan jantung.

Anaknya, Syed Abu Bakar, 40, berkata Allahyarham dimasukkan ke wad hospital itu dua hari lalu dan kesihatan bapanya merosot sejak sebulan lalu.

Syed Ahmad meninggalkan seorang balu, Samihah Ghazali, 75, bersama lima anak.

BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker