Pelajar tingkatan lima maut kemalangan

YAN: Pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Utama Sungai Petani-Alor Setar (Jalan Sungai Limau Luar) di sini,malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Muhammad Izham Md Yuro, 17, berasal dari Sungai Limau, Alor Setar manakala penunggang sebuah lagi motosikal, Mohd Sobri Shafiai, 29, dari Kampung Baru Nami, Sik, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 11 malam membabitkan dua motosikal di lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, pelajar terbabit yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dan seorang lagi penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dari arah sama iaitu Guar Chempedak ke Alor Setar.



“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal remaja terbabit melanggar belakang Yamaha 135 LC.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal Yamaha 135 LC cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dengan menaiki ambulans manakala remaja itu maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan siasatan,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker