Selamat Tinggal Pogba

MANCHESTER: Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba akan meninggalkan kelab itu sebaik saja kontraknya berakhir hujung bulan ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 29 tahun itu menyertai semula skuad The Red Devils dari Juventus pada 2016, namun gagal memenuhi harapan dan janjinya selepas bergelut untuk mengekalkan konsistensi sepanjang berada di Old Trafford.

“Kelab ingin mengumumkan Paul Pogba akan meninggalkan Manchester United pada penghujung Jun sebaik saja kontraknya berakhir,” kata kelab berkenaan menerusi satu kenyataan.

“Pemain Perancis ini sudah menikmati hubungan yang panjang dengan United, sejak menyertai akademi kelab daripada Le Havre pada usia 16 tahun,”.

REUTERS

Leave a Reply