UMNO perlu bertanding 140 kerusi PRU15

UMNO perlu bertanding 140 kerusi PRU15

Menghadapi PRU15, UMNO perlu bertanding sekurang-kurangnya 140 kerusi untuk memastikan majoriti 2/3 diperolehi BN, demikian menurut Dato Seri Azalina Othman.

Azalina berkata demikian dalam konvensyen BN Ke-48 di Dewan Merdeka, PWTC semalam. Menurut beliau lagi 148 kerusi boleh memberi banyak kelebihan buat BN di Dewan Rakyat.

Beliau juga berkata, manifesto BN untuk PRU15 juga perlu direalisasikan bagi menjamin keyakinan rakyat kembali kepada Barisan Nasional. Membandingkan manifesto PH, BN perlu lebih realistik dalam menawarkan manifesto kepada rakyat.

“Hari ini semua orang mahukan kita,kita ni (BN) macam janda berhias”

“walaupun kita (BN) hanya 34% dalam kerajaan hari ini, kita beri sedikit kebaikan kepada rakyat”

“kita kena berani berkorban, kalau nak menang, kena berani berubah, kemenangan kita adalah untuk rakyat” – Azalina Othman Said

Beliau turut menyentuh RUU Anti Lompat Parti yang perlu diluluskan dalam Dewan Rakyat. Ini bagi menjamin rakyat tidak lagi merasakan tertipu dengan permainan ahli politik yang menang atas tiket parti lain tetapi kemudiannya melompat ke parti lain untuk menyelamatkan kedudukan.

RUU Anti Lompat Parti akan memberi jaminan kepada pengundi, jika seseorang Ahli Parlimen itu bertindak melompat parti, secara automatik kedudukannya sebagai wakil rakyat terlucut dan pilihanraya kecil perlu diadakan bagi memilih wakil baru.

UMNO,BN lebih bersatu ketika pembangkang – Najib

 

 

One thought on “UMNO perlu bertanding 140 kerusi PRU15

Leave a Reply