Polis sambung reman lelaki Israel 7 hari

Oleh – Syeikh Baran


Polis sambung reman lelaki Israel 7 hari
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

 Lelaki warga Israel, Shalom Avitan, 38 yang ditahan kerana memiliki enam pucuk pistol bersama 200 butir peluru disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan tersebut diambil susulan reman sebelum ini terhadapnya telah tamat hari ini.



“Permohonan sambung reman terhadap Shalom dibuat bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan secara terperinci.

“Kita masih memerlukan sedikit masa dalam mengumpulkan segala bukti kukuh berkaitan suspek utama (Shalom) dan pasangan suami isteri warga tempatan yang turut disambung reman pada Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Razarudin, siasatan masih menjurus kearah motif dan tujuan utama Shalom memiliki senjata api terbabit.

“Selain itu siasatan juga masih dibuat terhadap kesemua 15 individu yang masih ditahan termasuk Shalom dan pasangan suami isteri warga tempatan terbabit,” katanya.



Beliau berkata, salah seorang suspek berperanan sebagai pemandu kepada Shalom yang ditahan di Cameron Highlands pada 29 Mac lalu, sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan terhadapnya selesai dijalankan.

“Secara keseluruhan, jumlah individu yang ditahan pada masa ini adalah seramai 15 orang termasuk dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Shalom dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.



Mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 boleh dihukum mati.

Kesemua mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar pemilikan senjata api berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading