Bakar Diri Sendiri Demi ‘Content’ Terima Kecaman

Tindakan seorang lelaki yang berpakaian aneh dan mengenakan kostum Grim Reaper sebelum membakar dirinya di hadapan Menara Galata di Turki menarik perhatian ramai. Bahkan, terdapat individu yang tergamak berswafoto bersama lelaki berkenaan yang terbakar ketika itu.

Bakar diri sendiri

Menerusi laporan Daily Star, pelancong berada di tempat kejadian tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan lelaki berkenaan yang dilihat seakan-akan bola api yang terbakar di pusat bandar yang sesak.

Kejadian tersebut bukan sahaja disaksikan oleh orang dewasa malahan kanak-kanak turut melihat aksi lelaki berkenaan yang bertindak menuang petrol ke atas dirinya sebelum bertindak membakarnya.



Bagaimanapun beberapa orang awam yang melihat insiden ngeri itu menganggap itu merupakan aksi yang tidak berbahaya sebelum klip video tersebut tular di media sosial.

Peniaga kedai tolong

Selepas bergelut dengan api berkenaan dalam satu tempoh yang agak lama, beberapa penjaga kedai tempatan bertindak menolong lelaki berkenaan menggunakan alat pemadam api dan lelaki tersebut dilaporkan selamat.

Susulan daripada klip video tersebut yang tular, terdapat dakwaan itu merupakan pertunjukan semata-mata dan terdapat juga yang mempersoalkan tentang keberadaan kanak-kanak di tempat kejadian.



Daily Star

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button