“Ibu Bangsa Malaysia” bakal buat kejutan

 

“Ibu Bangsa Malaysia”, Zuraida Kamaruddin mendapat sambutan hangat penyokong sebaik sampai di lapangan terbang semalam, dikatakan akan membuat kejutan besar.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Ampang, menggemparkan dunia politik bila bertindak keluar dari BERSATU ketika masih berada di luar negara.

Zuraida dikatakan akan menarik seberapa ramai Ahli Parlimen PKR dan BERSATU untuk menyertai PBM dalam masa terdekat sebagai persediaan sekiranya BERSATU lumpuh selepas PRU15.

Zuraida Kamaruddin 'Ibu Bangsa Malaysia'

Zuraida mengumumkan beliau menyertai Parti Bangsa Malaysia. Sebelum ini Zuraida menyertai BERSATU selepas meninggalkan PKR ekoran ‘Langkah Sheraton’ dan dikekalkan dalam kabinet Muhyiddin Yassin.

Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang keahliannya terdiri daripada Penggerak Komuniti Negara (PKN) adalah penyokong kuat Zuraida. Keahlian PKN dikatakan mencecah puluhan ribu difahamkan telah lama bergerak bebas dalam BERSATU dan berjaya mempengaruhi sebahagian besar penyokong BERSATU.

Lebih menggemparkan, Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali dikatakan turut berada dalam senarai Menteri yang bakal berhijrah jika masih gagal menjadi mendapat tempat tertinggi dalam BERSATU.

BERSATU menuntut agar jawatan Zuraida dalam kabinet dipulangkan kepada mereka menemui kegagalan. Ismail Sabri telah menyatakan Zuraida masih Menteri kabinet memandangkan belum ada sebarang perbincangan mengenai perkara tersebut.

Apa lagi kejutan akan dibuat oleh ‘Ibu Bangsa Malaysia’ ini?

Zuraida takut ulas atau memang ada plan ‘B’?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker