Isu Nazlan, Zeti dan Tawfiq masih diperam?

Sejak terbongkarnya isu Nazlan, Zeti Aziz dan Tawfiq Ayman, Pejabat Peguam Negara menjadi perhatian ramai pihak.

Bagaimanapun, apa status mengenai apa tindakan susulan dari Pejabat Peguam Negara masih jadi persoalan dan masih senyap.

NAZLAN DISIASAT SPRM

Nazlan, yang telah disiasat SPRM berikutan pembongkaran Raja Petra Kamarudin, terus berdiam diri dan tidak menafikan dakwaan Raja Petra.

Zeti dan Tawfiq pula masih ‘bebas’ walau bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mengakui penglibatan mereka dalam kes 1MDB. 

PENGAKUAN TOMMY THOMAS

Semua ini menjurus ke arah intergriti dan kredibiliti Pejabat Peguam Negara.

Sesuatu yang memalukan negara apabila seorang yang sepatutnya kekal dengan prinsip keadilan untuk semua akhirnya dibongkarkan turut terlibat dalam penubuhan SRC.

ZETI ‘MASTERMIND’ 1MDB – TOMMY THOMAS

 

Lebih mengejutkan, bagaimana Liessner mengakui penglibatan bekas Gabenor Bank Negara bersama suami dalam kes yang dikatakan sebagai skandal negara.

Rakyat menanti apa tindakan atau kenyataan dari pihak Pejabat Peguam Negara, namun malangnya sehingga hari ini tidak ada perkembangan.

Sampai bila rakyat perlu menanti jawapan yang mereka nantikan? 

Pengainiayaan terhadap individu yang di’kambing hitam’kan perlu dihentikan segera. Bukti dari sebesar-besarnya sehingga sekecil-kecilnya perlu dibenarkan untuk dikemukakan di Mahkamah.

Malah, segala bukti berkaitan dari luar negara juga perlu diberikan keizinan untuk dibawa ke Mahkamah untuk membuktikan siapa salah dan siapa benar.

 

Leave a Reply