Sepanyol, Portugal terikat di Seville

SEVILLE, Sepanyol: Penyerang Portugal, Ricardo Horta menyamakan kedudukan bagi memberikan pasukannya seri 1-1 berdepan Sepanyol pada aksi pembukaan Liga Negara-Negara dekat Estadio Benito Villamarin sebentar tadi.

Alvaro Morata memberikan Sepanyol gol pendahuluan namun gol Horta memastikan saingan itu berakhir dengan seri buat kali keempat berturut-turut.

Portugal tidak pernah menang aksi kompetitif berdepan Sepanyol sejak 2004 dan tidak pernah menewaskan lawan mereka itu di bumi Sepanyol.



“Ia bagus kerana Sepanyol kuat dan kami bermain di tempat lawan. Ia keputusan yang bagus buat Portugal,” kata pemain tengah, Bernardo Silva.

“Kami amat mengenali mereka, tapi memang sukar berdepan mereka.”

Sepanyol bermula dengan baik dalam Kumpulan Dua Liga A apabila pemain tengah Gavi ada peluang dari luar kotak penalti pada minit ketiga tetapi sepakannya dihalang.

Pertahanan Portugal, Pepe beraksi baik menghalang pemain tengah, Carlos Soler yang menerima hantaran baik bagi mendapatkan gol.



Morata meletakkan Sepanyol di depan hasil gol jarak dekat berikutan hantaran membabitkan Gavi dan Pablo Sarabia pada minit ke-25.

“Kami tidak terus menamatkannya, tapi kami bermain ddengan bagus,” kata Morata. “Kami akan bertemu lagi. Bola sepak memang seperti itu, kami mesti melihat ke depan.”

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button