Depay ledak dua gol bantu Belanda

BRUSSELS: Memphis Depay meledak dua gol ketika Belanda menamatkan 25 tahun tanpa kemenangan berdepan jirannya, Belgium menerusi kejayaan 4-1 pada aksi Liga Negara-Negara di Brussels.

Steven Bergwijn dan Denzel Dumfries menjaringkan dua lagi gol ketika Belanda menamatkan rekod tanpa kalah hampir enam tahun Belgium di laman sendiri selain mendahului ranking FIFA selama tiga tahun sebelum disingkirkan baru-baru ini.

Bergwijn meledak dari luar kotak penalti pada minit ke-40 untuk memberikan Belanda kelebihan pada babak pertama sebelum Depay dan Dumfries menambah jaringan pada babak kedua.

Belgium, yang kemudiannya kehilangan Romelu Lukaku kerana kecederaan, menjaringkan gol saguhati pada tambahan masa menerusi Michy Batshuayi namun mereka nyata mengalami masalah di bahagian pertahanan sebelum menghadapi Piala Dunia hujung tahun ini.

Belanda yang kali terakhir menewaskan Belgium pada 1997, melalui lapan pertemuan negara berjiran itu tanpa kemenangan, memecahkan benteng pertahanan pada babak kedua apabila Depay menembah jaringan pada minit ke-51 menerusi serangan balas pantas.

“Perlawanan antarabangsa ini hadir selepas musim yang padat tetapi ia bukanlah alasan. Tidak boleh berlaku jika anda menentang Belanda,” kata penjaga gol Belgium, Simon Mignolet.

“Kami mesti belajar daripada ini. Anda tidak boleh kecewa dengan kekalahan seperti ini.”

Kekalahan terakhir Belgium di laman sendiri ialah ketika aksi persahabatan berdepan Sepanyol pada September 2016 apabila jurulatih Roberto Martinez memulakan tugas pertamanya.

Kapten Belanda, Virgil van Dijk berkata dia tidak terkejut dengan kemenangan di tempat lawan itu.

“Kami membuat analisis dengan baik dan kami mengikut perancangan, kami melakukannya dengan baik. Ia malam yang menakjubkan.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker