Bukan Jodoh Ozil bersama Fenerbahce

London: ‘Jodoh’ Mesut Ozil bersama Fenerbahce tidak bertahan lama, hanya selepas 18 bulan dibeli daripada Arsenal.

Perancang Jerman berusia 33 tahun itu diberitahu oleh pengurus baharu, Jorge Jesus bahawa dia tidak akan lagi beraksi untuk gergasi Turki itu.

Ozil ‘dibekukan’ oleh ketua jurulatih sementara, Ismail Kartal yang mempersoalkan kecergasannya dan kini pengurus dari Portugal, Jesus mendedahkan masa Ozil bersama gergasi Super Lig itu sudah berakhir.

Jesus berkata di sidang akhbar hari ini: “Dia sudah pun mempunyai masa dan ruang. Dia mempunyai sejarah indah di Turki, tiada siapa dapat menafikannya.

“Dia pemain terkenal di seluruh dunia tetapi saya akan ikuti pengakhiran era Ozil.

“Aspek paling penting di sini ialah bukan berkenaan Jorge Jesus, paling penting bukan Ozil dan bukan mana-mana pemain.

“Paling penting di sini ialah Fenerbahce dan dari situ saya akan bina idea saya dan pemain yang bekerja dengan saya.”

Pemenang Piala Dunia itu tampil 37 perlawanan untuk Fenerbahce sejak berpindah dari Arsenal pada 2021 namun tidak beraksi sejak 20 Mac selepas disisihkan dari skuad.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker