Azab ibu jari tertusuk besi mata kail

Kunak: Lelaki terpaksa menanggung kesakitan selepas ibu jari kakinya tertusuk besi (mata kail) ketika menangkap ketam, di sini, semalam.

Mangsa berusia 20-an itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kunak untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas difahamkan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mata kail berkenaan.



Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.45 pagi.

Menurutnya, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan ke Hospital Kunak.

“Lelaki itu mengalami kecederaan padi jari ibu kaki akibat tertusuk mata kail semasa menjalankan aktiviti menangkap ketam.

“Anggota bomba kemudiannya menjalankan operasi memotong dan mengeluarkan mata kail dari kaki mangsa dengan menggunakan peralatan khas (mini cutter),” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.



Beliau berkata, operasi mengambil masa kira-kira 15 minit dan mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan selamat sebelum meneruskan rawatan di wad pesakit luar.

Keadaan ibu jari mangsa yang tertusuk mata kail ketika menangkap ketam.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button