Ikatan kasih Shakira, Pique terlerai

Madrid: Penyanyi pop terkenal dunia, Shakira mengumumkan perpisahan dengan pemain bola sepak, Gerard Pique selepas 11 tahun hidup bersama.

Khabar angin mengenai keretakan hubungan mereka tersebar sejak awal minggu ini dengan laporan di Sepanyol mendakwa bintang Barcelona itu curang dengan pasangannya.

Shakira, 45, mengesahkan perpisahan mereka dalam satu kenyataan hari ini namun tidak menyebut dakwaan curang oleh Pique.

Kenyataan itu berkata: “Kami dengan berat hati mengesahkan perpisahan ini. Demi kebajikan dan kebaikan anak-anak yang menjadi keutamaan, kami berharap anda menghormati privasi mereka. Terima kasih di atas kerjasama anda .”

Pique, 35, belum lagi memberi kenyataan balas mengenai perpisahan mereka atau dakwaan curang dalam hubungannya dengan Shakira.

METRO

Leave a Reply