Jangan hadir Festival Bon Odori

SUNGAI BESAR: Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak menyertai program Festival Bon Odori yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini kerana ia mengandungi unsur agama lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati program itu mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.

“Kita nasihatkan kepada semua orang Islam supaya tidak sertai program ini. Ada banyak lagi program lain yang boleh disertai,” katanya, hari ini.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) di Rancangan Tanah Belia 1, Sungai Panjang, di sini.

Idris berkata, pihaknya memberi penjelasan itu untuk memastikan tidak timbul kekeliruan dan salah faham.

“Kita kena sayang agama kita. Oleh yang demikian, JAKIM sebagai pihak penyelaras menasihatkan umat Islam supaya tidak sertai program seperti ini.

“Bukan sahaja program seperti ini, malah program apa apa sahaja yang membabitkan soal agama,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button