Mahathir kecewa, PEJUANG bakal dibubarkan?

Desas-desus parti PEJUANG bakal dibubarkan semakin kuat  berlegar dikalangan pemerhati politik tanahair. Pengerusi PEJUANG, Tun Mahathir dikatakan sangat kecewa dengan prestasi parti tersebut dan berhasrat mahu membubarkan parti demi kelangsungan survival politik.

Mahathir digambarkan sudah hilang kepercayaan terhadap keupayaan parti selepas kekalahan teruk di PRN Johor. Dipercayai Mahathir bukan sahaja kecewa dengan prestasi parti, malah kecewa dengan Presiden parti, Mukhriz Mahathir yang tidak mampu mengikut jejak langkah beliau.

Perkembangan ini turut mempengaruhi pendapat sesetengah pemerhati politik yang menyatakan Mahathir bakal kembali ke BERSATU. 

Sebelum ini, Mahathir pernah berada dalam BERSATU sebagai Pengerusi dan mempunyai kuasa penuh dalam parti. Selepas ‘Langkah Sheraton’, Mahathir meninggalkan BERSATU dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Berikutan tindakan beliau, Pakatan Harapan tumbang selepas memerintah negara selama 22 bulan.

 

MAHATHIR MAHU KEMBALI KEPADA UMNO?

Pertimbangan yang lebih mengejutkan, Mahathir dikatakan akan kembali merujuk UMNO, namun belum ada kesahihan mengenai perkara tersebut.

Mahathir dikatakan sanggup kembali berdamai dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi. Beliau juga dikatakan sanggup berdamai dengan Najib Razak dan mahu dikenang sebagai “Orang UMNO” sekiranya sudah tiada didunia.

Bekas Perdana Menteri Ke-4 dan Ke-7 itu dikatakan akan membawa ahli PEJUANG kembali kepada UMNO untuk memastikan BN menang dalam PRU15 sekaligus menghalang Anwar Ibrahim dari jawatan PM.

Bagaimanapun, khabar ini belum dapat dipastikan kerana dipercayai masih diperingkat rundingan. Pihak kami cuba untuk mendapatkan respon daripada Presiden UMNO namun masih belum dapat maklum balas.

Ulangtahun Reformasi, kekejaman Mahathir dikenang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker