Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’

Oleh – Syeikh Baran


Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’
Muhamad Akmal

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir situasi ekonomi semasa dengan mengaitkan slogan bahawa penyusutan nilai ringgit negara mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Muhamad Akmal berkata, beliau rindu dengan slogan tersebut yang mengungkapkan bahawa nilai ringgit akan kembali meningkat jika Najib berundur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.



“Najib turun,ringgit naik. Rindu betul slogan ini,” katanya dalam siaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum itu, mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat jam 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.

Kali terakhir paras ringgit terendah dicatatkan pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau dengan RM4.885 setiap dolar AS.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button