Festival Bon Odori boleh membawa kepada syirik

GEORGETOWN: Penyertaan orang Islam dalam Festival Bon Odori boleh membawa kepada syirik.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata umat Islam tidak patut menyertai acara itu bagi memelihara kesucian pegangan agama,

“Acara ini mengingati roh atau semangat nenek-moyang yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik. Orang Islam mesti selalu menjaga kesucian kepercayaan mereka.

“Mengingati roh nenek-moyang dengan menari, menyembah semangat mereka dan sebagainya tidak digalakkan dalam Islam. Ini boleh membawa dosa syirik kepada Allah,” katanya semalam.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta orang Islam tidak menghadiri pesta itu.

Idris berkata, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati program itu mempunyai unsur agama lain dan orang Islam dinasihatkan tidak menyertai program terbabit.

BERNAMA

Leave a Reply