FIFA perkenal “robot penjaga garisan” di Piala Dunia

DOHA, Qatar: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mahu memperkenalkan “penjaga garisan robot” di Piala Dunia 2022.

Bos FIFA Gianni Infantino berkata sistem pengesan ofsaid separuh automatik itu akan diperkenalkan di kejohanan yang akan berlangsung di Qatar November ini.

Percubaan sistem itu, yang menggunakan 10 kamera untuk mengesan 29 titik di badan setiap pemain, dilakukan ketika Piala Dunia Kelab yang dimenangi Liverpool dan Piala Arab yang berlangsung di empat stadium Piala Dunia di Doha.

Dengan ujian terhadap teknologi itu berhasil – mengesan kesalahan ofsaid lebih pantas berbanding sistem sedia ada – penggunaan sistem baharu itu dijangka dapat diputuskan dalam masa terdekat.

Memandangkan tiada halangan untuk memperkenalkan sistem itu, perlawanan pembukaan antara England dan Iran akan menyaksikan penjaga garisan robot digunakan.

Bagaimanapun keputusan hanya akan dibuat selepas FIFA meneliti kesemua data daripada perlawanan-perlawanan ujian sebelum ini.

Ketua pengadil FIFA, Pierluigi Collina berkata: “Pengadil dan pembantu masih bertanggungjawab untuk keputusan di atas padang.

“Teknologi hanya memberikan sokongan kepada mereka untuk membuat keputusan lebih pantas dan tepat, terutama dalam keputusan ofsaid yang begitu tipis dan sukar.”

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker