Khidmat Isham Jalil ditamatkan serta merta

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor menamatkan khidmat Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan BN Selangor berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Isham menerusi Facebook hari ini.

“Saya dimaklumkan hari ini perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan BN Negeri Selangor ditamatkan berkuat kuasa serta merta.

“Berdasarkan surat daripada BN Selangor yang dilampirkan, ini adalah kerana jawatan Ketua Penerangan BN negeri tidak termaktub dalam Perlembagaan BN.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan BN Negeri Selangor,” katanya.

Walaupun sudah ditamatkan perkhidmatan, Isham berkata beliau akan terus membantu parti.

“Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri.

“Saya akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walaupun tanpa apa-apa jawatan, dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini,” katanya.

BHOnline

Leave a Reply