Tiada watikah, Zafrul belum ‘confirm’ calon BN

Nama Tengku Zafrul, Menteri Kewangan menjadi antara topik bualan dari ahli politik hingga ke warung politik kampung kebelakangan ini. Ini berikutan heboh kononnya Tengku Zafrul akan menjadi calon BN di kawasan Parlimen tertentu dalam Selangor.

Bagaimanapun, buat sementara ini, senarai nama calon BN belum diketahui malah tiada siapapun mendapat watikah pencalonan BN.

Zafrul, merupakan seorang Senator yang dilantik oleh Muhyiddin Yassin bagi menggantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Beliau berkhidmat di bawah 2 Perdana Menteri yang berbeza, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, Zafrul mencetus kontroversi apabila enggan meluluskan skim i-Citra pencarum KWSP dengan pelbagai alasan. Bagaimanapun, selepas tekanan diberikan UMNO dan rakyat, Perdana Menteri meluluskan skim tersebut.

ZAFRUL CALON KUALA SELANGOR?

SIAPA ZAFRUL SEBELUM DILANTIK MENTERI KEWANGAN?

Sebagai seorang ahli UMNO (disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO), nama Zafrul tidak dikenali akar umbi Umno, sebaliknya beliau dikenali sebagai ‘orang bank’.

Nama Zafrul timbul apabila beliau dikatakan ‘mencuba nasib’ untuk menyerlah sebagai bakal calon di Kuala Pilah. Bagaimanapun, kerana tidak dikenali, Zafrul mengubah haluan untuk terjun ke politik di Selangor.

Sambutan terhadap Zafrul turut mencetus kontroversi apabila pelbagai pandangan serta kritikan politik diterbitkan menerusi pelbagai media. Pro dan kontra mengenai hasrat Zafrul memilih salah satu kawasan Parlimen di Selangor mula diperkatakan.

Bagi yang menerima kehadiran Zafrul, sudah hampir pasti akan sedikit sebanyak mendapat faedah daripada kedudukan beliau dalam kabinet.

ADA YANG TERIMA NATIJAH KRITIK KEHADIRAN ZAFRUL?

Namun demikian, yang menolak kehadiran Zafrul menerima nasib berbeza. Mereka yang kebanyakannya bersuara sebagai akar umbi di’cop’ sebagai golongan berkepentingan dan hanya mahu ‘orang parti’ dicalonkan.

Malah, dikatakan sudah ada yang menerima natijah kerana mengkritik kehadiran Zafrul di Selangor dan mahu beliau memberikan fokus terhadap Kementerian Kewangan sebelum memikirkan kawasan Parlimen yang mahu ditandinginya.

Mungkin kedengaran agak kasar, sebenarnya apa maksud Zafrul bertanding di Selangor sedangkan beliau tahu akar umbi serta penyokong BN tidak mengenali dirinya apatah lagi hasil kerja beliau di lapangan politik. 

Apa pencapaian Zafrul dalam UMNO yang boleh dijadikan rujukan untuk menggambarkan kewajaran beliau diberikan peluang bertanding di Parlimen?

Bersandarkan pada beberapa keping foto membantu mangsa banjir sudah mencukupi untuk diberikan laluan menjadi calon BN? 

KWSP, rakyat merayu kepada Zafrul dalam TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker