Van Gaal gesa Timber fikir masak-masak

LONDON: Louis van Gaal menggesa pertahanan Belanda Jurrien Timber supaya berfikir masak-masak sebelum menyertai Manchester United pada musim panas ini.

Pengendali baharu United Erik Ten Hag berminat membawa bersama bek tengah Ajax itu, yang dinilaikan pada harga 43 juta pound (RM237.7 juta) oleh kelab Belanda itu.

Bagaimanapun bekas pengendali United Van Gaal meragui Timber akan dapat bermain dengan kerap sekiranya dia berpindah ke Old Trafford.



Dengan Piala Dunia bakal berlangsung November ini, pengendali Belanda itu memberi isyarat yang minit permainan akan menjadi isu bagi pemain itu.

“Saya rasa pemain dengan kualitinya layak bermain di Liga Perdana. Ia tidak menjadi masalah. Tetapi persoalannya adakah dia perlu membuat keputusan itu sekarang,” kata Van Gaal.

Ketika ditanya jika Timber menyertai United tetapi tidak terpilih untuk perlawanan-perlawanan di awal musim, Van Gaal berkata: “Jika begitu,bagi saya ia bukan keputusan terbaik olehnya. Dia perlu bermain.”

Sementara itu Van Gaal berharap ketua eksekutif baharu United mampu membawa kelab kembali ke landasan betul untuk rakan senegaranya Ten Hag.



Sebelum ini Van Gaal melabelkan United sebagai kelab komersial, tetapi kini dia berharap Richard Arnold – yang menggantikan Ed Woodward – mampu menjelmakan kejayaan.

Woodward yang memecat Van Gaal selepas pengendali itu membawa United menjuarai Piala FA pada tahun 2016.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button